Gempar !!! 22 bazar Ramadan di seluruh negara ditutup

SEBANYAK 22 bazar Ramadan diarah menutup operasi mereka berkuatkuasa 1 Mei ini (Sabtu) bagi mengekang penularan Covid-19.

Menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) keputusan itu dibuat hasil analisa pengesanan tanda kontak yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan melalui aplikasi MySejahtera.

“Ia bagi membendung dan mengawal jangkitan serta peningkatan kes Covid-19,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini. Bagaimanapun, tiada makluman mengenai tempoh masa penutupan.

Bazar-bazar Ramadan itu meliputi lapan di Pulau Pinang iaitu di bazar Ramadan MPKK Jalan Tenggiri; bazar Ramadan Attakwa Taman Bertam Indah; bazar Ramadan bazar Ramadhan, bazar Ramadan Kampung Melayu; bazar Ramadan Masjid Daerah Barat Daya; bazar Ramadan Iftar Ramadan Jalan Berangan Bkt Bntng 2021; bazar Ramadan Bukit Gedung dan bazar Ramadan Taman Tun Sardon.

Sementara empat bazar di Johor iaitu, bazar Ramadan Belatuk Taman Scientex; bazar Ramadan Kg Pasir, Jalan Mata Kuching; bazar Ramadan @Mart Kempas; bazar Ramadan Lok Heng.

Dalam pada itu terdapat tiga bazar di Kedah yang diarah tutup iaitu bazar Ramadan Taman Selasih; bazar Ramadan Baling 2021; bazar Ramadan Kupang 2021. Di Pahang dua bazar Ramadan diarah tutup iaitu bazar Ramadan Lurah Semantan dan bazar Ramadan Temerloh Jaya.

Sementara itu di Selangor juga dua bazar Ramadan diarah tutup iaitu Pusat Sementara Penjaja/Bazar Ramadan Puncak Jalil dan bazar Ramadan Stesen LRT Cheras, juga dua di Wilayah Persekutuan iaitu bazar Ramadan Taman Setiawangsa dan bazar Ramadan Jalan Raja Alang dan satu di Perak iaitu bazar Ramadan Bazar Nenas Kg Selabak.

Kes jangkitan Covid-19 semakin membimbangkan di negara ini apabila sebanyak 3,332 kes baharu direkodkan di seluruh negara semalam.

Difahamkan kenyataan media rasmi akan dikeluarkan oleh pihak KPKT nanti

Berita Penuh :https://utusantv.com/2021/04/30/22-bazar-ramadan-ditutup-di-seluruh-negara-mulai-esok/