Gempar !!! Adik kepada MP Umno dilantik Pengarah Jabatan

Gempar !!! Adik kepada MP Umno dilantik Pengarah Jabatan

Adik kepada Ahli Parlimen Umno Cameron Highlands dilantik ke jawatan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) ke-18 berkuatkuasa 15 September lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyerahkan surat pelantikan tersebut kepada Sapiah Mohd Nor sekali gus menjadi wanita Orang Asli pertama dilantik ke jawatan itu.

“Sapiah, 56 tahun, Orang Asli keturunan suku Semai turut mencatat sejarah menjadi wanita Orang Asli pertama dilantik ke jawatan tertinggi perkhidmatan awam.

“Pelantikan Sapiah telah diperkenan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” kata Ismail dalam hantaran di Facebook beliau.

Pada 12 Mac 2019, abang Sapiah iaitu Ramli Mohd Nor mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat Cameron Highlands di Parlimen.

Upacara angkat sumpah itu sekali gus menjadikan Ramli yang juga bekas pegawai polis secara rasminya muncul sebagai Orang Asli pertama bergelar Ahli Parlimen.

Ramli menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada Januari lalu apabila mendapat 12,038 undi dengan majoriti 3,238 undi.

Beliau menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), M Manogaran yang mendapat 8,800 undi, serta dua calon Bebas iaitu Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee (276 undi).

sumber : https://malaysiadateline.com/adik-mp-umno-dilantik-sebagai-pengarah-jakoa/

COMMENTS