Gempar !!! Adun DAP ditangkap oleh Jabatan Hutan, ini puncanya….

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, YB Tuan Lai Wai Chong ditangkap kerana memasuki di kawasan Hutan Simpan Kekal, Ulu Jelai, berhampiran Pos Lenjang, Kuala Lipis, tanpa kebenaran pihak berkuasa pada malam semalam.

Beliau dan rombongan seramai 29 orang kini di Balai Polis Sungai Koyan untuk diambil keterangan atas kesalahan memasuki Hutan Simpan tanpa kebenaran dan kesalahan merentas negeri.

Pasukan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Polis malam semalam berjaya menemui rombongan yang terdiri daripada 29 orang menaiki beberapa buah kenderaan 4×4 telah memasuki kawasan hutan Simpan Kekal Ulu Jelai, di Kuala Lipis.

Selain siasatan, kesemua mereka yang ditangkap akan dilakukan ujian swab test Covid-19. Dan kesemua 11 kenderaan pacuan empat roda telah disita.

Dalam pada itu, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang mempersoalkan kebenaran yang diperolehi untuk melakukan aktiviti perkhemahan bersama rombongan melibat Adun DAP dari Selangor di kawasan Hutan Simpan Kekal, Ulu Jelai, berhampiran Pos Lenjang, Kuala Lipis.

Ketuanya, Farid Nor, berkata beliau dimaklumkan satu rombongan yang terdiri daripada 29 orang menaiki beberapa buah kenderaan 4×4 telah memasuki kawasan hutan Simpan Kekal Ulu Jelai, malam tadi.

Siapa yang memberi kebenaran untuk mereka merentas negeri, daerah dan masuk ke kawasan hutan simpan kekal tersebut yang mana kami sendiripun perlu memohon kebenaran walaupun bagi tujuan menyalurkan bantuan serta program berkaitan pendaftaran vaksin, soal beliau.

Apa tujuan mereka memasuki kawasan hutan simpan di waktu seperti ini merupakan suatu tanda tanya.- SuaraTV