Gempar !!! Gabungan varian Delta dan Omicron pula dijumpai di Cyprus

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Baru sahaja dunia dikejutkan dengan varian Omicron yang mampu merebak dengan pantas, nampaknya sebuah lagi varian COVID-19 dilaporkan telah muncul.

Seperti dipetik oleh The Vocket, lebih merisaukan, varian terbaru yang ditemui saintis di Cyprus ini dikatakan merupakan gabungan varian Delta dan Omicron.

Menurut Leondios Kostrikis selaku profesor di University of Cyprus, varian terbaru yang ditemui ini menggabungkan sifat dua jenis varian iaitu Delta dan Omicorn sekaligus membuatkan mereka menamakannya sebagai Deltacron.

Setakat ini, pihak mereka telah menemui hampir 25 kes dengan varian terbaru ini. Walau bagaimanapun, masih terlalu awal untuk mengetahui kesan yang bakal dibawa oleh varian ini sama ada lebih merbahaya atau sebaliknya di mana kajian lebih mendalam antara yang perlu dilakukan.

Setakat bulan ini, negara-negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Perancis dan lain-lain lagi masing-masing mencatat jumlah kes COVID-19 tertinggi sepanjang sejarah berikutan kehadiran varian Omicron.

Diharap varian Deltacron tidak mengulangi trend yang sama kerana membawa memberi impak besar kepada beberapa negara yang terkesan.