Gempar !!! Harga Pakej kahwin naik harga gila-gila, anak muda mula gelisah

Ketika ini, pasti ramai yang mahu berkahwin dan menganjurkan majlis persandingan selepas lama tertangguh disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @callmebiebi telah berkongsi keluhannya apabila harga pakej perkahwinan kini mahal dan tidak masuk akal berbanding daripada sebelum penularan wabak COVID-19.

Menurutnya, ada pakej perkahwinan berharga RM25,000 untuk 300 tetamu dimana sebelum ini RM18,000 untuk 1,000 tetamu. Hal ini mendapat pelbagai reaksi netizen dan rata-rata netizen berasa terkejut dengan hal tersebut.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen juga bersetuju bahawa harga pakej perkahwinan kini lebih mahal dan mengatakan menyesal tidak berkahwin ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malah, ada juga netizen mengatakan sekarang pengguna perlu bijak dan membandingkan pakej-pakej perkahwinan yang ada untuk mendapatkan harga terbaik. Para netizen juga ada yang tidak percaya harga pakej perkahwinan sudah mahal seperti itu.

Segelintir netizen juga berkongsi hasil ‘survey’ harga pakej perkahwinan terkini dan mendapati berlaku kenaikan harga. Pasti degan kenaikan harga ini akan menyukarkan pasangan yang mahu membuat majlis perkahwinan.

sumber : https://www.thevocket.com/takut-nak-kahwin-harga-pakej-perkahwinan-makin-mahal-buat-netizen-terkejut/

COMMENTS