Gempar!! Lelaki ini dedah rekod buruk syarikat vaksin yang akan diguna Malaysia

Seorang warganet di facebook harini mendedahkan rekod buruk syarikat vaksin yang akan diguna pakai oleh rakyat malaysia nanti. Berikut merupakan tulisanya di bawah:

Pfizer, kau sini jap!
Kalau kau baco di Wikipedia, terdapat banyak rekod buruk mengenai Pfizer. Antara paling ngeri yang den baco ialah yang den printscreen kek bawah nih.

Pado tahun 1996, Pfizer masuk ke Kano, Nigeria lalu melakukan ujikaji ubat antibiotik terhadap 200 orang kanak-kanak tempatan tanpo persetujuan ibubapa kanak-kanak tersebut dan dibuat di luar pengetahuan kerajaan Nigeria. Penyudahnya lobih 50 orang kanak-kanak mati dan ado ramai kanak-kanak yang cacat mental dan fizikal akibat ujikaji haram Pfizer tersebut.

Kau masuk negara orang semato-mato nak test kau punyo ubat (antibiotik trovafloxacin), kemudian blah camgitu je. 200 orang kanak-kanak yang terlibat dalam ujikaji haram itu benar-benar dijadikan oleh Pfizer sebagai tikus makmal.

Menambah burukkan lagi reputasi Pfizer, bilo kerajaan Nigeria dan famili kanak-kanak malang itu menyaman Pfizer, Pfizer lawan balik seolah-olah macam company mereka tidak bersalah langsung. Walhal hard evidence memang tunjuk lobih 50 orang kanak-kanak yang mati itu kerana akibat buruk ubat antibiotik Pfizer tersebut.

Den bukan antivaksin, tapi reputasi buruk Pfizer ini mesti di ambil perhatian yang amat berat oleh kerajaan Malaysia kerana kito mulo menerimo dos vaksin Covid jenamo Pfizer bermulo bulan Februari 2021 nanti.

Malah yang buek den bertambah bimbang bilo CEO Pfizer sendiri, Albert Courla memberi alasan yang tidak munasabah untuk tidak divaksin dengan vaksin Covid syarikatnya sendiri. Dio bukan tak mahu divaksin Covid tapi dio cakap tangguh dulu, nanti-nanti la den divaksin kemudian. Tunggu nanti sampai bilo kau mahu divaksin Covid bro?

Kerajaan Malaysia perlu mengambil langkah berjago-jago supayo kito tidak dikencing oleh Pfizer seperti mana yang mereka lakukan di Kano, Nigeria. Nyawo rakyat Malaysia yang menjadi pertaruhannya di sini. Apo jaminan vaksin Pfizer benar-benar selamat? Kalau ado rakyat Malaysia mati kerana vaksin Pfizer, berapa ganti rugi yang perlu dibayar oleh Pfizer?

Kerajaan Malaysia perlu berhati-hati bilo membuat deal dengan Pfizer. Deal kito dengan Pfizer perlu ado jaminan, gerenti dan warranty. Kalau vaksin Covid jenamo Pfizer memberi akibat buruk di kemudian hari, Pfizer perlu menanggung kos ganti rugi.

Kono buek deal gitu kalau tidak kau tengok kes saman kerajaan Nigeria terhadap Pfizer tak setel-setel sampai sekarang. Dan deal atau perjanjian kerajaan Malaysia dengan Pfizer mengenai vaksin Covid ini wajib didedahkan serta disebarkan kepado rakyat.

Akhirnya, rakyat Malaysia boleh tak memilih vaksin Covid yang mereka mahu? Kalau ado yang tak mahu divaksin dengan jenamo Pfizer, bolehkah mereka memilih vaksid Covid jenamo lain seperti Moderna? Kalau tak boleh, mako bertabahlah wahai rakyat Malaysia. Huhuhuhu…

Link Wikipedia mengenai rekod buruk Pfizer di Nigeria : https://en.m.wikipedia.org/wiki/Pfizer…

CEO Pfizer, kau sini jap! : https://www.facebook.com/100000105053006/posts/4072825999397528/