Gempar !!! Nadir Al-Nuri dedah kesan buruk perbuatan Ebit Lew kepada NGO Palestin

KESAN BESAR TIM EL KEPADA PIHAK LAIN

Dalam tempoh sekitar 8 tahun selepas pertukaran kuasa di Mesir, NGO hanya dapat masuk ke Gaza melalui Rafah dengan melalui NGO antarabangsa Miles of Smiles, dengan jumlah maksimum mungkin 200-300 orang sahaja dapat masuk setahun.

Kaedah ini telah di amalkan oleh semua NGOs yang telah berjaya beberapa kali keluar dan masuk ke Gaza.

Kenapa kaedah tim EL memberi kesan besar kepada NGO lain? Kerana kalau sebelum ini banyak NGOs boleh masuk melalui cara lama bersama Miles of Smiles, kini mereka terpaksa menggunakan cara baru dengan membayar kepada syarikat harga yang tinggi.

Ini kerana hasil desakan dan kesungguhan pihak kerajaan membuat kerjasama Malaysia-Mesir hanya untuk melepaskan misi tim EL berjaya masuk ke Gaza tidak kira berapa pun kos yang perlu di bayar tanpa menghiraukan kesan besar selepas itu. Hasil desakan tersebut mereka berjaya masuk dengan syarat penggunaan khidmat syarikat Hala untuk masuk.

Syarikat Hala bukan rahsia untuk penduduk Gaza. Khidmat tersebut boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang mampu membayar kosnya, iaitu $1200/orang untuk orang tempatan bagi perjalanan masuk dan keluar ke Gaza dan dengan bayaran tersebut akan mendapat layanan istimewa tanpa perlu berhenti di banyak checkpoint dan berhenti di ‘bottle neck’ merentas Terusan Suez yang biasanya mengambil masa 2,3 hari untuk dilalui.

Untuk orang luar pastinya bayaran yang dikenakan lebih mahal, lebih-lebih lagi kalau hendak diberi layanan VVIP dengan iringan kenderaan berperisai dan sebagainya.

Duit sendiri atau duit orang ramai, saya menyeru supaya pada masa hadapan perbaikilah apa kelemahan atau kekurangan, pimpinlah perjuangan kemanusiaan dengan pihak berkaitan, sama-sama berpegang untuk membantu bukan dengan cara membuat kerja tanpa menoleh kiri kanan dan tidak menghiraukan kesan buruk yang terpaksa ditanggung badan-badan lain yang telah memulakan dan meneruskan perjuangan nafas panjang.

Kepada rakan-rakan NGO, pusat-pusat zakat, institusi bantuan dan pihak lain yang pernah melalui pengalaman sama di Kelantan, Kedah, Sabah dan tempat lain, barulah saya mengerti apa yang kalian semua rasai khususnya yang terpaksa mengadu di forum tertutup kerana malas melayan ‘backlash’ pembaca kerana kaedah redah dan dakwah yang tidak teratur dan tidak mengendahkan nasihat atau teguran pihak lain.

Kepada kalian, teruskan sahaja perjuangan dan kerja kalian selagi mana kalian berada di landasan yang betul. Jangan lupa bahawa hero yang sebenar ialah marhaen yang kita bantu dan upayakan kerana mereka yang selama ini berkorban dan bersabar dengan ujian.

Rileklah bro, Allah kan ada.

sumber : Telegram Nadir Al-Nuri