Hangat dibincangkan di media sosial sejak semalam mengenai isu pendaftaran anggota RELA. Isu ini menjadi tular apabila terdapat individu yang tidak pernah mendaftarkan diri sebagai anggota RELA namun disahkan sebagai ahli menerusi laman semakan anggota RELA.
Isu yang berlaku sekaligus membuatkan orang ramai membuat semakan bagi mengetahui mengenai status anggota RELA menerusi semakan kad pengenalan.
Dekat facebook tengah kecoh ramai didaftarkan TANPA IZIN sebagai anggota RELA.
Kebanyakan didaftarkan pada tahun 2010-2016.
Sebab apa ya? 🧐
Check sini: https://t.co/lG8ngYlmTJ https://t.co/0xYtLVNPm3 pic.twitter.com/n3LAKeLThS
— Faqimi Fauzi 🛡 (@faqimifauzi) June 14, 2021
Lebih mengejutkan ramai, terdapat individu yang sudah 10 tahun didaftarkan sebagai anggota RELA sejak dari tahun 2011 sekaligus membuatkan orang ramai mempersoalkan bagaimana pihak ini mampu mendaftarkan anggota tanpa izin.
Baru semak di laman web RELA. My name is not registered but wifey is. Wtf is happening. pic.twitter.com/iW93odpTWJ
— KNB (@nizambakeri) June 14, 2021
Walau bagaimanapun, terdapat perkongsian di Twitter yang memaklumkan nama beliau yang awalnya disahkan sebagai ahli RELA tidak lagi terpapar pada sistem sekaligus membuatkan beliau menantikan penjelasan daripada pihak yang terlibat mengenai isu ini.
Laman Facebook RELA MALAYSIA juga turut diserbu netizen yang bertanyakan mengenai isu yang berlaku. Tidak kurang juga yang mempersoalkan isu elaun, uniform dan pencerobohan data yang berlaku serta meminta SPRM untuk menyiasat isu ini.
Setakat artikel ditulis, laman semakan anggota RELA tidak lagi dapat diakses untuk membuat semakan berikutan terdapat isu melibatkan proses penyelenggaraan.
sumber : https://www.thevocket.com/laman-facebook-rela-malaysia-diserbu-netizen-selepas-berlaku-isu-pendaftaran-tanpa-rela/