Presiden Haiti Jovenel Moise dibunuh di kediaman peribadinya oleh sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali, lapor Sputnik.
“Kira-kira 1 pagi Rabu… sekumpulan individu tidak dikenali, beberapa daripada mereka berbahasa Sepanyol, menyerang kediaman peribadi presiden dan membunuh ketua negara itu,” kata kata Perdana Menteri sementara Claude Joseph dalam satu kenyataan pada Rabu.
Isteri Moise turut cedera ditembak dan kini sedang dirawat, tambahnya.
Perdana Menteri mengutuk serangan yang disifatkan “sangat keji, tidak berperikemanusiaan dan kejam” serta menyeru semua agar bertenang.
Situasi keselamatan adalah terkawal, katanya.
Dalam pada itu, Jumlah suspek yang ditahan berkaitan pembunuhan Presiden Haiti Jovenel Moise kini mencecah 26 orang, lapor Sputnik memetik kenyataan polis tempatan.
Laporan sebelum ini menyebut 23 suspek ditahan terdiri 18 warga Colombia dan lima rakyat Haiti.
“Tiga lagi suspek telah ditahan, termasuk anggota polis,” kata Ketua Pengarah Polis Haiti, Leon Charles menerusi akaun Facebook polis pada Selasa.
Moise ditembak mati di kediamannya pada 7 Julai lalu manakala isterinya, Martine yang turut cedera dalam kejadian itu kini dirawat di sebuah hopsital di Amerika Syarikat.
Menurut polis seramai 28 suspek telah dikenal pasti terlibat dalam kes itu. – Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/151088/GLOBAL/Pembunuhan-Presiden-Haiti-26-suspek-ditahan-setakat-ini