Gempar !!! Rupanya Vaksin Sinovac sudah dijual kepada swasta, rakyat terpaksa beli

Gempar !!! Rupanya Vaksin Sinovac sudah dijual kepada swasta, rakyat terpaksa beli

Rafidah Aziz mendesak jawatankuasa pemantauan vaksin menjelaskan keputusan untuk membenarkan penjualan 14 juta dos Sinovac kepada syarikat swasta.

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata, rakyat tidak sepatutnya membayar untuk sesuatu “yang sepatutnya percuma.”

“Bukankah memvaksin populasi satu perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada rakyat?” soalnya dalam hantaran di Facebook.

“Bukankah vaksinasi keseluruhan populasi telahpun dihitungkan? Bukankah semua keperluannya dikira dan dirancang, untuk diberikan secara percuma kepada rakyat?”

Rafidah berkata demikian ketika mengulas laporan bahawa Pharmaniaga Bhd akan menjual vaksin itu kepada negeri dan syarikat swasta yang berminat mulai bulan ini sehingga September.

Syarikat farmaseutikal itu diberi lampu hijau untuk berbuat demikian oleh Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Dalam pengumuman berhubung perkara itu hari ini, Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, senarai negeri dan syarikat yang telah memohon untuk membeli vaksin itu akan dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan.

Rafidah berkata, beliau menganggap “pelik” apabila Putrajaya memberi layanan berbeza terhadap rakyat sedangkan sebelum ini telah membuat peruntukan untuk memvaksin penduduk.

Katanya, tidak semua orang mampu memvaksin sebuah keluarga, terutama mereka yang terkesan akibat sekatan pergerakan.

“Bolehkah pengerusi jawatankuasa vaksin menjelaskan perkara ini? Tidak sesiapapun patut mengaut untung daripada vaksin!”

sumber : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/21/kenapa-benarkan-sinovac-dijual-soal-rafidah/

COMMENTS