Gempar !!! Seminggu lagi parlimen bersidang, Syed Saddiq ditekan dengan kes mahkamah

Gempar !!! Seminggu lagi parlimen bersidang, Syed Saddiq ditekan dengan kes mahkamah

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan didakwa di mahkamah esok atas pertuduhan menyelewengkan dana sebuah parti politik membabitkan jumlah RM1.12 juta.

Bekas menteri belia dan sukan itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jalan Duta Kuala Lumpur pada 9 pagi.

Perkara itu disahkan oleh peguam Haijan Omar kepada Malaysiakini, yang akan mewakili Syed Saddiq bersama peguam Gobind Singh Deo.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang “bekas menteri” akan menghadapi dua pertuduhan mengikut Seksyen 403 dan 405 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pecah amanah jenayah.

“Jumlah keseluruhan penyelewengan yang terbabit dianggarkan berjumlah RM1.12 juta membabitkan wang milik parti politik yang beliau adalah ketua pemuda.

“Ahli Parlimen itu dijangka akan turut dituduh mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dalam masa terdekat,” kata laporan itu memetik sumber.

Laporan itu tidak menyebut nama bekas menteri berkenaan.

Syed Saddiq sebelum ini merupakan menteri belia dan sukan ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan, dan juga ketua pemuda Bersatu pada masa itu.

‘Saya lebih rela masuk mahkamah’

Dalam rakaman video yang dimuat naik di akaun media sosialnya selepas itu, Syed Saddiq mendakwa tuduhan tersebut merupakan kemuncak kepada ugutan bahawa dia akan didakwa di mahkamah kecuali sekiranya dia menyertai Perikatan Nasional.

Dia berkata ugutan seumpama itu timbul setiap kali muncul isu undian di parlimen di mana ia dijadualkan bersidang semula minggu depan.

“Pada saat-saat seperti ini saya teringatkan mengapa saya menyertai politik. Kebenaran akan terserlah.

“Saya lebih rela masuk mahkamah dari masuk Perikatan Nasional,” katanya.

Tahun lalu, Syed Saddiq membuat laporan polis berkenaan kehilangan kira-kira RM250,000 dari peti besi di rumahnya di Petaling Jaya.

Dia berkata sebahagian besar wang berkenaan disimpan bagi kerja-kerja pengubahsuaian rumahnya.

Namun, kehilangan wang itu mencetuskan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana jumlah wang tunai yang “mencurigakan”.

Suruhanjaya itu sebelum ini menafikan motif politik di sebalik siasatan itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik (Muda), Amir Abd Hadi berkata, tuduhan terhadap Syed Saddiq bersifat politik.

“Ia telah dijadikan modal untuk menekan Syed Saddiq, yang juga Ahli Parlimen Muar, untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional, termasuk semasa pengundian pertukaran Speaker Dewan Rakyat, sebelum pengundian Bajet 2021, dan kini, kerana parlimen akan bersidang dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan berasingan, Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Khairuddin Abu Hassan berkata, satu gerak kerja untuk membunuh kerjaya politik Syed Saddiq dijalankan oleh kerajaan disebabkan prinsipnya yang enggan memihak kepada segala bentuk salah laku.

“Adalah diharapkan YB Syed Saddiq akan kental menghadapi fitnah ini dan sama sekali tidak akan tunduk pada sebarang tekanan yang sedang dilalui olehnya masa kini,” katanya.

sumber : https://www.malaysiakini.com/news/583976

COMMENTS