Seekor kucing gemuk yang menjadi daya tarikan utama di sebuah bandar di Poland telah diselamatkan dari bahaya jalan raya dan kini dijadualkan untuk menjalani program diet selepas terlalu banyak diberi makan oleh pengunjung.
Portal berita MailOnline melaporkan, kucing berwarna hitam dan putih yang diberi nama Gacek telah mencuri perhatian global setelah meraih skor maksimum dari pengulas-pengulas di laman pencarian Google.
Digelar sebagai ‘Raja Kaszubska’ sempena nama jalan tempat kucing itu berada, skor Gacek lebih tinggi daripada lokasi tumpuan tradisional di bandar Szczecin.
Pada puncak popularitinya awal tahun ini, Gacek berjaya diselamatkan dari cubaan diculik ketika seorang wanita dirakam cuba melarikan kucing baka moggy berusia enam tahun itu.
Maklumat mengenai Gacek sebagai tarikan bandar Szczecin kini telah dikeluarkan daripada Google setelah penduduk tempatan merasa risau tentang keadaan kesihatannya dan bagi menghalang pelancong daripada terus memberinya makan.
Persatuan Kebajikan Haiwan di bandar tersebut merayu kepada orang ramai untuk tidak memberi Gacek terlalu banyak makanan kerana kucing itu semakin gemuk selepas sering diberi snek oleh pelancong.