Genap setahun Amir Jauhari pernah ‘sound’ Mas Ermieyati guna lagu Hasrat dalam kempen politik

Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, telah secara terbuka meminta maaf kepada Amir Jahari, pencipta lagu tema filem Imaginur, Hasrat, selepas menggunakan lagu tersebut tanpa kebenaran dalam video hantaran semasa perbicaraan kes Tan Sri Muhyiddin Yassin di Mahkamah Kuala Lumpur.

Beliau dengan rendah hati mengakui kesalahan tersebut dan dengan serta-merta berjanji untuk menarik balik penggunaan lagu tersebut.

Dalam kenyataannya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin juga menyatakan kesiapannya untuk mengganti lagu tersebut dengan lagu lain yang lebih sesuai, seperti lagu nasyid atau karya penyanyi ternama, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Langkah ini diambil untuk menghormati hak cipta serta menghargai pencipta lagu asal, Amir Jahari.

Tindakan ini menunjukkan sikap bertanggungjawab dan penghargaan terhadap karya seni orang lain yang seharusnya dipuji. Diharapkan permohonan maaf ini akan membantu meredakan sebarang kesan negatif yang timbul daripada insiden tersebut.

“Amir Jahari Music saya mohon maaf. Saya akan turunkan post saya dan letak lagu nasyid atau Siti Nurhaliza, artis yang tidak kisah kalau nak pakai lagu dia untuk sosial, kebajikan dan politik,”

“Satu sahaja pesan saya untuk anak muda seperti Amir Jahari … teruskan berkarya, tetapi kalau kamu tak suka karya kamu itu tidak suka jika digunakan oleh orang politik, letak siap-siap sebelum kamu letak di YouTube dan sebagainya. Letak “Jangan guna lagu aku kalau kamu nak guna untuk tujuan politik”. Jangan bila saya dah post, baru nak letak begitu,” ujarnya.

Wakil pengurusan komposer dan penyanyi Amir Jahari meminta Ahli Parlimen Masjid Tanah itu menarik balik lagu Hasrat yang dimuatkan dalam video menyokong Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bekas Pengurus Amir, Joe Lee dalam ciapan Twitternya menggesa Mas Ermieyati segera memadamkan lagu tersebut yang digunakan tanpa izin.

baca: ‘Cakap je lah nak umum wasiat, datanglah jumpa nanti’ – Pecah rahsia rupanya Syamsul kali terakhir jumpa ayahnya dua tahun lalu