“Bolehlah kak, bolehlah, takut hilang.”
Itulah kata-kata yang diterima oleh sebuah pemilik hotel menjelang acara motorsikal RXZ Fighter Gathering di Kuantan, semalam.
Wanita tersebut mendedahkan perkara itu dalam sebuah hantaran di Facebook miliknya selepas menerima permintaan pelik itu berulang kali.
“Antara ragam yang biasa kami terima, banyak yang minta nak bawa masuk ke dalam bilik. Kalau tak boleh, nak tumpang masuk dalam lobi pun jadilah.
“Apakan daya adik, memang tak boleh. Tempat akak ni bukannya ‘homestay’ (inap desa),” katanya.
Sementara itu, melihat pada keadaan kenderaan itu di tempat letak kereta, Muna mengakui bahawa motosikal tersebut dijaga dengan sangat teliti.
“Salah satu gambar motosikal RXZ yang sempat akak ambik. Tuan dia memang pandai jaga barang. Berkilat macam baru keluar kilang. Tiada cacat langsung,” ujarnya.
Pemilik hotel tersebut turut mendoakan para penunggang motorsikal yang dalam perjalanan pulang supaya berhati hati dan menjaga nyawa sendiri.
“Sayangilah juga orang tersayang dan diri sendiri macam awak sayangkan motosikal ini. Tolonglah jangan bawa laju-laju,” pesannya.
Baca juga: Dahsyat! Cleaner terkejut dapat hadiah Rolex RM34,000 sempena 10 tahun bekerja