Genggam ijazah di usia 82 tahun

Genggam ijazah di usia 82 tahun. Pesara berusia 82 tahun, Mae Beale membuktikan usia bukan penghalang untuknya mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Global Maryland (UMGC), Amerika Syarikat (AS).

CNN melaporkan, Beale lulus dengan kepujian dan mendapat Anugerah Dekan, beberapa kali semasa di UMGC.

Difahamkan, Beale mula menyambung pengajian pada usia lewat 70-an. Dia menerima skrol pada 18 Mei, sehari selepas ulang tahun kelahirannya yang ke- 82, lapor CNN WJLA.

Ketika usia mudanya, Beale bekerja sebagai jururawat bertauliah di Washington, Amerika Syarikat (AS).

Dia membantu merancang beberapa acara besar ketika bekerja di Jabatan Kesihatan dan Pusat Perkhidmatan Manusia untuk Medicare dan Medicaid.

Pada 1994 iaitu ketika dia berusia 54 tahun, Beale memulakan perniagaan perancangan acara dan menyambung pengajian ijazah bersekutunya dalam bidang Pengurusan Perniagaan di Kolej Komuniti Howard.

Selepas tamat pengajian program ijazah bersekutu terbabit, dia memutuskan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda.

“Saya mahu memastikan saya mempunyai masa untuk menumpukan kepada mana-mana kelas yang saya ambil.

“Saya seperti kura-kura. Perlahan dan mantap memenangi perlumbaan.”

“Saya perlu bersungguh-sungguh dan menjadikannya keutamaan saya,” katanya.

Baca Juga: Harga kereta dijangka meningkat jika GST dilaksanakan semula

Baca Juga: Gara-gara tular buku bank pengemis disoal siasat polis