Gerai burger ‘ishowspeed’ disita DBKL

Kedai burger yang telah menaikkan nama Malaysia di platform internet kini sudah menemui pengakhirannya apabila DBKL bertindak menyita gerai berkenaan. Sebelum ini gerai tersebut menadi tular selepas youtuber terkenal ishowspeed hadir untuk makan burger di kedainya.

Video di tiktok itu menjadi tular yang menunjukkan kedai burger yang terletak di kaki lima LRT Bangsar itu telah pun disita oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Di dalam video itu, tapak penjualan burger sudah diserbu oleh pihak DBKL dan barangan telah disita menerusinya pada awal pagi semalam.

Selain itu, kelihatan van dan trak milik DBKL yang diparkir pada sisi jalan yang dipercayai untuk mengambil barangan dan kiosk burger terbabit.

@foodyfun5

Stall burger ramli yang terkenal selepas IshowSpeed makan, kini di sita penguatkuasa #ishowspeed #burger #foodvalley #naya

♬ Pelangi Petang – Dato’ Sudirman

Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih apabila kedai burger IShowSpeed itu tidak dapat beroperasi lagi walhal sudah mengharumkan nama negara di persada dunia. Malah, ada yang mempercayai perkara itu boleh terjadi kerana ada individu yang dengki dengan kejayaan kedai itu.

Kedai burger ishowspeed
Sumber Gambar: TikTok
Kedai burger ishowspeed
Sumber Gambar: TikTok

Sementara sebahagian lain merasakan tindakan tersebut mungkin diambil atas dasar tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk penjaja jalanan.

Dalam pada itu, pemilik kedai burger berkenaan telah mengesahkan bahawa kedai mereka terpaksa tutup sementara ekoran telah disita oleh pihak DBKL menerusi Instagramnya.

baca: “Adik tak suka aku duduk rumah dia sebab semua barang mahal, bila aku nak makan dia sorokkan pinggan ikea tapi satu hari aku sakit..”