Boikot makin memburuk, Starbucks buang 2,000 pekerja

Pemilik Francais Starbucks di Asia Barat, Alshaya Group, telah memecat ribuan pekerja ketika ia berhadapan dengan kempen boikot terhadap jenama tersebut yang dituduh menyokong Israel dalam konflik di Gaza, demikian yang dilaporkan oleh saluran CNN semalam.

Dalam satu kenyataan kepada CNN, Alshaya menyatakan bahawa pengurangan pekerja dilakukan kerana melihat pada situasi perniagaan yang sentiasa mencabar sepanjang enam bulan yang lalu.

Pihaknya turut terkesan apabila terpaksa mengurangkan bilangan ‘rakan sekerja’ di Asia Barat dan Afrika Utara.

Tidak ada keterangan tepat dari syarikat berkenaan jumlah pekerja yang dipecat, namun terdapat dakwaan bahawa lebih kurang 2,000 pekerja telah dihentikan dan Alshaya juga tidak menafikan dakwaan itu.

Ramai pelanggan telah memboikot syarikat Barat di rantau tersebut dengan mendakwa bahawa perniagaan tersebut menyokong atau mempunyai kaitan dengan perang Israel di Gaza.

Baca juga: Pergi kerja cuma naik motor, lelaki kongsi simpanan KWSP lebih RM1 Juta