Get ready! DS Vida bakal lancar muzik video terbaru, berhabis sampai RM400,000

Usahawan kontroversi Datuk Seri Vida umum bakal lancarkan muzik video terbarunya pada 20 Mac ini.

Vida menerusi hantaran Instagram beliau memperlihatkan di sebalik tabir video lagu terbarunya Ku Ikhlaskan.

Vida memperlihatkan sisi lainnya dan melakukan perubahan 360 darjah untuk video kali ini dari segi konsep dan juga genre yang berbeza.

Muzik video yang menelan kos RM400,000 itu dikatakan mengambil masa rakaman 10 malam dan muzik videonya 5 hari.

Terdahulu ramai netizen meminta jutawan kosmetik, Vida untuk membalas semula lagu yang ditujukan oleh bekas kekasihnya, Iqbal Zulkefli.

Namun, beliau menyatakan bahawa tidak mahu lagi terlibat dalam industri muzik dan meminta anaknya Cik B untuk membalas lagu tersebut namun hingga hari ini tiada lagu yang dikeluarkan.

Adakah lagu Ku Ikhlaskan ini sebenarnya balasan buat lagu Iqbal Hujan yang dinantikan para netizen?

Menerusi  klip video pendek yang dikongsikannya, solekan Vida dilihat agak bold bagi membawa kelainan dalam lagu terbarunya.

Vida dalam program realiti Big Stage yang diadakan pada semalam turut memperlihatkan penampilannya dengan gaya solekan yang agak extra dan daring sekaligus mempromosi penampilan baru yang akan dibawa dalam muzik video terbarunya.

Gaya Makeup dikecam Netizen di acara Big Stage

Netizen mula membanjiri ruangan hantaran Instragam beliau dengan menyatakan ketidakselesaan melihat gaya solekan tersebut. Antara komen tersebut ialah

Pengguna lain pula berkata “Jujurnya saya tak suka make-up malam  ini. Nampak lagi tua dan pelik. Better lagi sebelum ini Datuk. Just nice. #jgnkecam #JustOpinion.

“Maaf Datuk  Seri tak cantik makeup macam tu.

“Jujur dari saya.. Berpakaian dan make-up ikut usia lagi nampk cantik dan gah.. Tak payah sangat nak ambil perhatian netizen. Jangan terpedaya fesyen dan make-up yang tak sepatutnya”.

Rata-rata netizen komen agar Datuk Seri Vida berhias sesuai dengan usiannya dan makeup sebelum ini adalah lebih baik tidak kiralah untuk promosi musik videonya atau tidak.