Getah pintu peti ais rosak boleh buat bil api naik melambung, ini cara baiki sendiri

Adakah anda menyedari bahawa masalah getah pintu peti sejuk yang rosak boleh menjadi penyebab kadar bil elektrik di rumah anda meningkat secara drastis? Pastinya anda ingin mengetahui punca di sebalik peningkatan ini.

Apabila getah pada pintu peti sejuk di rumah anda mengalami kerosakan dan tidak berfungsi dengan baik, peti sejuk tersebut mungkin terpaksa menggunakan lebih banyak tenaga elektrik untuk menjaga suhu dalaman yang sesuai.

Ini bermakna penggunaan tenaga elektrik yang lebih tinggi bagi menjaga suhu dalaman yang optimal.

Akibatnya, masalah ini boleh membawa kesan yang negatif dan boleh menimbulkan masalah lain dalam jangka masa panjang, seperti kerosakan pada kompressor dan kipas motor peti sejuk anda.

Masalah kerosakan yang timbul ini mungkin membawa kepada kos pembaikan yang tinggi, atau lebih teruk lagi, anda mungkin terpaksa menggantikan peti sejuk yang rosak dengan yang baru.

Seperti peribahasa yang mengatakan, “lebih baik mencegah daripada merawat”. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda mengambil langkah-langkah pencegahan sebelum masalah serius dan tidak diingini berlaku pada peti sejuk anda.

Jadi, bagaimana caranya? Satu langkah yang disarankan adalah menukar getah pada pintu peti sejuk jika ia sudah rosak dan tidak berfungsi dengan baik. Anda tidak perlu risau kerana proses ini boleh dilakukan sendiri tanpa memerlukan bantuan pakar.

Langkah ini tidak hanya melindungi peti sejuk anda daripada kerosakan yang tidak diingini, tetapi juga dapat membantu mengurangkan penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan di rumah anda.

baca: ISMA dah nafikan kaitan dengan Aman Palestin, lelaki ini senaraikan 5 nama yang cetus tanda tanya