Citarasa yang pelik! Itu yang boleh digambarkan oleh orang kaya yang mempunyai citarasa yang lain dari yang lain.
Bar-baru ini, beg jenama terkenal Louis Vuitton telah melelong sebuah beg baharu yang berharga USD$63,000.
Tiada yang pelik dengan harga itu tetapi apa yang peliknya saiz beg yang dijual itu hanya sebesar kuman.
Beg itu dilelong dengan permulaan USD$15,000 sebelum naik kepada USD$63,000.
“Beg itu lebih kecil daripada sebutir garam laut dan cukup kecil untuk menembusi lubang jarum,” menurut catatan Instagram oleh pembuatnya, MSCHF kolektif seni yang berpangkalan di Brooklyn.
Kevin Wiesner, ketua pegawai kreatif MSCHF, memberitahu The New York Times bahawa kolektif itu tidak mendapat kebenaran daripada Louis Vuitton untuk menggunakan reka bentuk itu.
Louis Vuitton itu juga dilihat tidak memberi sebarang komen tentang penggunaan jenamanya ke atas beg itu.
Beg itu dibuat menggunakan “proses stereolitografik yang biasa digunakan untuk membuat struktur bioteknologi mekanikal yang kecil,” menurut maklumat lelongannya.
Baca juga: Tragedi berkelah ragut dua nyawa, lapan dikhuatiri lemas dibawa arus kepala air