Kejam! Lelaki ini didakwa kerana membunuh isterinya lalu menjadikan otak mangsa sebagai lauk yang dimakan bersama taco.
Alvaro, dari Mexico didakwa kerana menjadikan tengkorak mangsa sebagai bekas abu rokok.
Dia didakwa melakukan jenayah kejam itu di rumahnya dah ditahan pada 2 Julai baru baru ini.
Suspek yang juga dibawah pengaruh bahan terlarang memberitahu pegawai polis dia melakukan perbuatan tersebut kerana diarahkan oleh Dewa Muerte( Saint of Death) dan syaitan.
Mangsa, Maria Montserrat dikerat dan dimasukkan ke dalam plastik lalu dibuang di gaung belakang rumahnya.
Selepas dua hari kejadian kejam itu berlaku, suspek mengaku perbuatannya ketika menghubungi anak tirinya melalui panggilan telefon.
Mangsa mempunyai lima anak sebelum berkahwin dengan suspek, berumur 12 hingga 23 tahun.
Baca juga: “Suami risau tak kuat iman, paksa hantar anak 5 tahun balik kampung untuk opah jaga”