Gila! Ramai anak muda sekarang buka akaun darkside untuk melacur, ini sebabnya..

Wang dilihat sebagai perkara yang penting dalam kehidupan sekarang disebabkan kos dan gaya hidup yang makin meningkat.

Nafsu yang semakin sukar dikekang membuatkan ramai yang dilihat sanggup melakukan apa sahaja demi wang.

Itulah luahan seorang wargamaya yang meluahkan kekecewaanya kerana anak muda sekarang dilihat menjadi ‘hamba duit’.

“Ramai anak muda sanggup jadi pencipta kandungan 18SX kerana cara itu cepat jadi kaya.

“Tengok dekat Twitter sudah cukup, sebab gesaan rakan sebaya untuk capai standard kehidupan tertentu.

“Kerana nak pakai jenama telefon pintar iPhone, nak pakai barang berjenama, nak ambil gambar Instagram di tempat mahal. Ia menjadi satu isu yang semakin membarah dalam masyarakat,” ciapnya.

Ada juga yang terpaksa mencipta akaun darkside dan menjual diri demi untuk kelangsungan hidup.

“Ada yang buat demi kelangsungan hidup. Cuma untuk pergi serendah itu, ia sangat merisaukan,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai turut memberi pelbagai reaksi berkaitan isu ini, malah ada yang beranggapan aktiviti pelacuran sudah semakin berleluasa dan mudah untuk diakses melalui media sosial.

“Kalau dulu nak melacur cari bilik gelap, lorong-lorong, sekarang post (muat naik hantaran) di media sosial terbuka sana, dedah sana dah boleh dapat duit,” komen seorang pengguna.

Baca juga: Cikgu Musthafa disangka ghaib di Mekah, rupa rupanya ini yang terjadi..