Susah nak hilangkan bau hamis daging setiap kali nak buat juadah? Bukan itu sahaja, masakan pula akan sedikit berbau kurang enak jika tidak dibersihkan dengan betul. Lebih-lebih lagi jika membeli daging lembu segar.
Setiap kali ada aktiviti kenduri atau perayaan, mesti akan memasak juadah seperti barbeque, rendang atau sup. Memang terputus selera kalau termakan daging yang masih berbau hamis.
Sebenarnya, ada dua benda yang boleh digunakan untuk menghilangkan bau hamis daging.
Bahan-bahan:
- 3 sdb tepung gandum
- 2-3 helai daun nangka
Cara-caranya:
1. Bersihkan daging dan potong mengikut saiz yang sesuai untuk jenis masakan anda.
2. Masukkan ke dalam bekas dan tabur tepung gandum. Masukkan juga daun nangka yang telah direnyuk-renyuk sedikit. Gaul rata dan biarkan dalam 30 minit hingga 1 jam.
3. Bersihkan daging dan toskan hingga kering sebelum dimasukkan ke dalam juadah anda.
4. Hasilnya, daging tidak akan berbau malah lebih cepat empuk bila ingin memasak juadah yang diinginkan.
Baca juga: Ini 5 baka lembu buat korban paling mahal di dunia, harga boleh beli banglo sebuah!