Pimpinan Pas, Mokhtar Senik harini membidas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dalam isu dana palestin.
Mokhtar Senik yang sebelum ini heboh dengan kontroversi bermesej lucah dengan seorang perempuan memperli pemimpin Muda itu dengan mengatakan “Takkan nak guna akaun kamu pula?” yang dimuatnaik dalam akaun faceboonya.
Syed Saddiq sebelum ini membidas parti PAS kerana menggunakan akaun parti untuk mengumpul dana palestin.
“Kenapa nak salur bantuan dan sumbangan melalui akaun parti politik?
Saya seru orang ramai untuk sumbang terus ke pertubuhan yang diiktiraf.
Tambahnya lagi, “Perlu ada ketelusan dalam mengisytiharkan dana yang dikutip dan disalurkan ke Palestin. Parti politik tak perlu jadi orang tengah.”
Mokhtar turut mengungkit kembali cerita duit RM250,000 yang hilang dalam peti besi Syed Saddiq.
Kenapa nak salur bantuan dan sumbangan melalui akaun parti politik?
Saya seru orang ramai untuk sumbang terus ke pertubuhan yang diiktiraf.
Perlu ada ketelusan dalam mengisytiharkan dana yang dikutip dan disalurkan ke Palestin.
Parti politik tak perlu jadi orang tengah. https://t.co/RtXk4kUsU3
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) May 15, 2021