Guna asam jawa biar darah dan lendir senang tercabut, lelaki ini tunjuk cara bersihkan uri dan tanam

Rupa-rupanya guna asam jawa untuk biarkan darah dan lendir senang tercabut daripada uri untuk mengelakkan daripada dimakan dan dihidu oleh binatang buas.

Sudah menjadi impian bagi setiap pasangan yang berkahwin untuk menimang cahaya mata mereka sendiri, kerana anak adalah pengikat utama dalam sesebuah perhubungan kekeluargaan.

Proses kelahiran bukanlah sesuatu yang mudah dan cepat, ia boleh mengambil masa yang lama. Bagi pasangan yang baru menimang cahaya mata pasti akan berdepan dengan situasi dalam menguruskan uri anak mereka.

Bagi pasangan yang baru menimang cahaya mata pasti akan berdepan dengan situasi dalam menguruskan uri anak mereka.

Perkongsian tersebut telah dilakukan oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @razali_sheldon.

Menurut lelaki itu, proses itu dibuat selepas dia mendapat anak ketiga pada baru-baru ini. Langkah yang pertama perlu dilakukan adalah dengan membuka plastik secara perlahan serta paip air.

“Biarkan uri tu terendam sikit dalam air, lepastu kita buanglah darah dan lendir-lendir yang ada dekat uri itu,” kata lelaki tersebut menerusi perkongsian videonya.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan asam jawa untuk membuang lendir-lendir atau darah yang susah untuk dibuang tadi.

“Tiada yang khurafat guna asam jawa ni. Sebenarnya asam jawa ni kegunaan dia untuk biar darah dan lendir pada uri senang tercabut.

“Korang sapu je asam jawa tu. Kalau darah pada uri dah tak ada, tak adalah nanti uri tu attract haiwan-haiwan sekeliling untuk gali dan makan uri yang korang tanam,” tambah lelaki itu lagi.

Selesai cuci uri dengan asam jawa, langkah seterusnya yang perlu dilakukan adalah dengan bilas sehingga bersih. Kemudian anda balut uri tadi dengan menggunakan tisu atau kertas yang boleh menyerap darah serta lendir pada uri tadi.

Bagi lelaki tersebut, dia memilih lokasi bawah pokok untuk menanam uri kerana badan kita mempunyai pelbagai nutrien.

Justeru, nanti uri yang ditanam tadi akan memberikan nutrien tersebut kepada pokok berkenaan.

Semoga perkongsian yang dikongsikan ini dapat memberikan manfaat kepada kaum bapa yang bakal menimang cahaya mata dalam masa terdekat ini.

Baca juga: Tesla Model Y mula buka harga RM199k di Malaysia, orang ramai boleh buat tempahan dengan bayaran RM1k