Guna minyak masak berulang kali boleh mengundang bahaya pada kesihatan, ini sebabnya

Sudah pasti anda pernah berada di dalam situasi seperti di atas bukan? Mana tidaknya, boleh ditengok balik keadaan minyak yang telah digunakan beberapa hari lepas masih dalam keadaan elok, sudah pasti tidak mahu membazir. Namun, ramai yang kurang arif bahawa minyak masak terpakai ini boleh mengundang masalah kesihatan.

Berikut merupakan penjelasan dari Dr. Samhan mengenai penggunaan minyak masak berulang kali. Nak pilih jenis minyak masak pun kena teliti ya!

Jangan guna minyak masak berulang kali. Ini bahaya! Minyak masak yang digunakan berulang kali boleh mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit Alzheimer, Parkinson dan barah.

Ini kerana semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak.

Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut. Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan menggunakanya lagi beberapa kali sebelum dibuang.

1. Sebaiknya minyak masak digunapakai maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja. Jika minyak berkenaan telah bertukar warna menjadi perang kehitaman, minyak berkenaan perlu dibuang.

2. Minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang kerana darah haiwan itu akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.

3. Hati-hati menggunakan minyak masak dalam paket 1kg. Kajian menunjukkan minyak dalam paket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

4. Elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah.

5. Kurangkan tabiat makan makanan yang digoreng di luar rumah kerana dibimbangi peniaga menggunakan minyak masak yang dikitar semula kerana berharga murah dan dapat mengurangkan kos.

6. Gunalah minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja untuk menjamin kesihatan kita.

Di rumah,saya memang melarang isteri untuk guna minyak yang sama. Cukup hanya sekali. Jangan gunakan minyak masak berulang kali. Minyak yang dikitar semula hanya sesuai dijadikan biodisel untuk bahan bakar bukan untuk masak makanan.

Baca juga: Kenapa perlu tutup lampu sebelum tidur? Ramai tak sedar apa kaitannya dengan kesihatan badan