Gunung berapi Marapi di Sumatera Barat, Indonesia pada Ahad telah memuntahkan laharnya setelah sekian lama menyebabkan 11 orang maut manakala tiga mangsa lagi terselamat.
Gunung berapi tersebut telah memuntahkan abu tebal setinggi tiga kilometer sekali gus menyukarkan pasukan penyelamat untuk mencari lagi 12 mangsa yang hilang.
Jurucakap Pasukan Mencari dan Penyelamat Indonesia, Jodi Haryawan berkata, seramai 75 orang jumlah mangsa yang berada di lokasi kejadian ketika itu.
“Pihak berkuasa sudah memberi amaran kepada orang ramai dan melarang penduduk untuk pergi ke lokasi itu.
Bagaimanapun tular satu video seorang pendaki yang sedang melakukan aktiviti pendakian di gunung tersebut. Individu yang bernama Zhafirah Zahrin Febrina berusia 19 tahun kelihatan badannya dipenuhi abu dan tidak bermaya.
Gadis dalam videa itu telah disahkan oleh ibunya Rani Radelani merupakan seorang penuntut di Politeknik Negeri Padang. Menurut Rani, anaknya memberitahu bahawa beliau sudah tidak berdaya lagi.
Anaknya juga masih belum boleh turun dari gunung itu dipercayai kerana beberapa halangan yang tidak membenarkan Zhafirah dan kawan-kawannya turun ke bawah.
“Barang-barangnya semuanya hilang. handphone yang digunakan untuk menghubungi saya ialah handphone rakannya,
“Tangannya juga patah, badan penuh luka dan sudah tidak kuat lagi,” kata Rani.
Balai Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) memaklumkan jumlah pendaki yang terdapat di sistem tempahan online dan juga yang telah daftar masuk di pintu masuk Batu Palano seramai 57 orang. Pintu masuk dari Koto Baru pula 13 orang.
13 orang yang memasuki dari pintu Koto Baru sudah selamat turun manakala dari pintu masuk Batu Palano hanya 15 orang sahaja yang sudah selamat. BKSDA sedang berusaha untuk menyelamatkan kesemua mangsa yang terperangkap di gunung tersebut.
Baca juga: Kerja gila! Graduan terima ‘hantaran perkahwinan’ buat netizen terhibur, tak pernah dibuat orang