Guru Agama dihukum mati selepas hamilkan 8 daripada 13 pelajarnya

Guru Agama dihukum mati selepas hamilkan 8 daripada 13 pelajarnya dalam tempoh lima tahun sehingga Mahkamah Indonesia memutuskan hukuman tersebut.

Menurut MalaysiaKini, hukuman tersebut diberikan selepas menerima rayuan pendakwaraya kerana sebelum ini Herry Wirawan, 36, hanya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

“Kami menjatuhkan hukuman mati kepada defendan,” kata hakim dalam kenyataan yang dimuat baik di laman web Mahkamah Tinggi Bandung.

Peguam Herry, Ira Mambo tidak mahu mengulas jika pihaknya akan membuat rayuan, dia memaklumkan perlu melihat penghakiman penuh terlebih dahulu.

Kes Herry, yang juga pengurus sebuah pondok di Bandung, mengejutkan seluruh Indonesia dan membangkitkan keperluan melindungi kanak-kanak daripada keganasan seksual.

Herry melakukan kesalahan ini di antara 2016 hingga 2021, dia telah melakukan amang seksual kepada 13 pelajar perempuan berusia di antara 12 hingga 16 tahun dan telah menghamilkan lapan orang mangsanya.

 

Baca Juga: Laungan takbir tarawih bergema di Times Square, ratusan muslim AS lakar sejarah

Baca Juga: Berlaku pertikaian pemegang saham MySJ, dua pengarah mohon disingkir termasuk bekas CEO Kumpulan Sapura Energy

COMMENTS