Guru sekolah di Petaling buat sepanduk, mohon halau pengetua dari sekolah

Umum mengetahui bahawa kerjaya sebagai seorang guru sememangnya perlu mempunyai nilai kesabaran yang tinggi disebabkan tekanan kerja yang mampu menggugat emosi.

Suasana kerja yang ‘tertekan’ mampu membuat seseorang itu melakukan tindakan yang luar daripada kawalan.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian tweet @Mxstaqim1 yang memuat naik satu gambar sepanduk berbaur hasutan para guru di sekolah berkenaan untuk mengusir pengetua sekolah yang digelar ‘pengetua mental’.

Berdasarkan sepanduk berkenaan, rata-rata guru di sekolah berkenaan menggesa pihak berwajib untuk memindahkan pengetua tersebut untuk bertugas di sekolah yang lain demi mengembalikan kejayaan dan kecemerlangan SMK Bandar Baru Seri Petaling.

Berharap perkara ini boleh diselesaikan dengan cara yang baik oleh kedua-dua belah pihak. Betul kata orang sabar itu ada limit.

Namun dalam kes ini nampaknya para guru sudah hilang sabar dengan sikap pengetua yang memberikan tekanan kerja yang melampau.

sumber: https://www.thevocket.com/stress-dengan-sasaran-yang-tinggi-para-guru-gantung-sepanduk-usir-pengetua-mental/