Seorang wanita tidak menyangka duit simpananya di dalam sebuah tabung besi habis musnah dimakan anai-anai.
Menurut @madam_mama06, wang itu disimpan selama dua bulan sebelum menyedari ia dimakan serangga itu.
Kesemua wang kertas dengan nilai RM50, RM20 dan RM10, hancur dimakan, meninggalkan not bernilai RM1 dan RM5 sahaja yang selamat
“Jadi ‘kerabu sarang’ terus, makan habis tak tinggal langsung. Hancur lebur woi, yang nilai kecil dia tak makan pula, makan yang nilai besar-besar saja ya,” ujarnya.
Meninjau ke ruang komen, beberapa pengguna memberi cadangan agar wang-wang itu ditukar ke Bank Negara.
Berkongsi pengalaman sendiri, salah seorang pengguna TikTok berkata, dia pernah menukar duit yang sudah reput dan langsung tiada rupa duit asal.
Apa yang mengejutkan, kata pengguna itu, selepas tiga bulan bank kemudiannya menghantar cek bernilai RM1,362 kerana menurutnya makmal boleh menilai jumlahnya.
Baca juga: Terkini: Budak tadika kena makan buaya semasa mandi di sungai