Musim durian muncul lagi dengan ada peniaga menawarkan harga jauh lebih rendah.
Di sekitar Ara Damansara, di Petaling Jaya, jualan durian pada harga murah serendah RM12 sekilogram mendapat sambutan menggalakkan daripada penggemar raja buah itu.
Tindakan peniaga yang menawarkan harga rendah itu berbaloi apabila ramai yang singgah untuk membeli.
Seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Nizam, 56, berkata, durian yang dijual pada harga RM12 sekilogram adalah jenis kampung diperoleh dari Bukit Gantang, Perak.
Sambutan menggalakkan daripada orang ramai ini memberi pulangan lumayan kepada peniaga.
Durian kampung tetap menjadi pilihan orang ramai berbanding durian gred disebabkan harganya yang lebih murah.
Namun, bagi ‘hantu’ durian harga bukan menjadi satu masalah walaupun kadang-kala ia dijual dengan harga yang tidak munasabah.
Apa lagi jika durian itu dari Bukit Gantang yang diakui penggemar durian memiliki keenakan yang tiada tolok bandingnya.
Bahkan, hampir setiap tahun, pasti ada pihak yang akan menganjurkan pesta makan durian Bukit Gantang bagi menyajikan keenakan durian itu kepada penggemarnya.
Malah, dikatakan jika mahu merasai rasa durian yang sebenar, datang ke Bukit Gantang, baru akan dapat temui rasa durian kampung yang sebenar.
BACA JUGA Peminat Apple sangatlah konon, apa punya rakus jual semula beg jinjing percuma sampai RM1,000