Jejaka stoicism disaran dapat rawatan sakit mental memadangkan beliau telah bercerita mengenai kelahirannya di muka bumi ini dalam keadaan yang disifatkan stoicism.
Video itu tular yang mana lelaki berkenaan menceritanya dirinya dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dalam keadaan diiringi darah merah yang disifatkan darah perjuangan.
Bukan itu saja bahkan dia bangga dilahirkan tanpa tangisan selain yakin dirinya dilahirkan dari rahim ibunya berserta sifat stoicism iaitu sebuah falsafah yang dipopularkan oleh Marcus Aureliu.
“Aku lahir dengan stoicism. Tak tahu stoic? Satu falsafah yang dipopularkan oleh Marcus Aurelius. Aku lahir, aku tak nangis. Aku lahir dengan stoic.
“Ya, aku lahir tu aku boom, aku spawn. Daripada mak aku, aku lahir dengan stoicism dengan Marcus Aurelius mood… dan aku lahir dengan darah, darah perjuangan,”ujarnya.
Namun hantaran video tersebut telah mengundang persepsi dalam kalangan warganet dengan menyatakan individu berkenaan perlu mendapatkan bantuan terutama diminta membuat pemeriksaan kesihatan mental.
Doktor perubatan, Dr Khairul Hafidz Alkhair meminta individu berkenaan menjalani pemerikaan kesihatan mental bagi memastikan ‘DMA Islam’ berkenaan dalam keadaan sihat.
Beliau juga merupakan Pengerusi MedTweetMY berkata, cadangan itu dibuat susulan kandungan yang dimuat naik dma Islam atau nama sebenarnya Danial Mirza dikhuatiri boleh memberi kesan negatif kepada golongan muda.
“Kamu adalah orang yang berpengaruh dan ramai anak muda yang percaya dengan apa yang kamu kata, jadi saya bimbang dengan perkataan yang keluar dari mulut kamu,” katanya di Twitter, kelmarin.
Tambah Khairul Hafiz, beliau berharap pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu dapat melakukan pemeriksaan dengan segera.
“Jika tiada apa-apa, tunjukkan bukti ini kepada semua kamu telah diperiksa oleh doktor pakar. Jadi masa itu, barulah saya yakin kamu sedang troll,” jelasnya.
Nama dma Islam menjadi sebutan sejak kebelakangan ini dan berjaya meraih populariti menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya.
Pempengaruh itu yang terkenal dengan menggunakan perkataan ‘bocah’ (keanak-anakan) sering memuat naik kandungan motivasi sebelum beralih kepada pembangunan diri.
Bagaimanapun, rata-rata mempersoalkan tentang personaliti dan watak yang dibawakan oleh dma Islam meskipun dia mendakwa kandungan yang dibuat melebihi tahap pemikiran biasa.