Hadi bidas pihak yang kata kerajaan gagal kawal Covid-19, nafsu rakus

Presiden PAS, Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang membidas beberapa pihak termasuk ahli politik yang mengatakan kerajaan gagal urus pandemik Covid-19.

Katanya, hanya mereka yang masih gila berpolitiking membuat kenyataan bahawa Malaysia sudah gagal menangani wabak Covid-19, seolah-olah mereka berada di planet lain bukan di alam bumi.

Bidas Hj Hadi lagi, sikap mereka yang terlalu berpolitiking mendakwa bahawa kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia yang melaksanakan tugas secara langsung melaporkan angka statistik penularan wabak Covid-19, dianggap sebagai berpolitik.

Walaupun pihak yang melaporkan angka statistik tersebut wajib berterus terang, tidak boleh menyembunyikan realiti atau kenyataan sebenar yang berlaku di lapangan.

“Sehingga kini, belum ada negara dalam dunia yang boleh mendabik dada sudah berjaya menghadapi penularan wabak pandemik Covid-19, namun tidak ada yang berputus asa.

“Kini, muncul pula pelbagai varian baru yang dikatakan paling berbahaya seperti varian Delta dan lain-lain bentuk. Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri telah memberikan amaran kepada semua negara supaya bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Hanya mereka yang masih gila berpolitiking membuat kenyataan bahawa Malaysia sudah gagal menangani wabak Covid-19, seolah-olah mereka berada di planet lain bukan di alam bumi.

Hal ini disebabkan oleh nafsu politik angkuh mereka terlalu tinggi dan sangat rakus mahu berkuasa, sehingga mendabik dada dalam menyelesaikan masalah seperti apa yang dijanjikan dalam manifesto PRU-14 dahulu.” katanya melalui catatan Facebooknya bertajuk Perjuangan Menangani Covid-19 Belum Selesai.

Ujarnya lagi, sikap mereka ini disebabkan oleh nafsu politik angkuh mereka terlalu tinggi dan sangat rakus mahu berkuasa, sehingga mendabik dada dalam menyelesaikan masalah seperti apa yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dahulu.

“Mereka masih ingin mengaku boleh menyelesaikan semua masalah dalam sekelip mata sahaja, sehingga sanggup merempuh keadaan paling mencabar yang masih dihadapi oleh mereka yang berada di barisan hadapan.” katanya.

Dalam pada itu, katanya lagi, sehingga kini, belum ada negara dalam dunia yang boleh mendabik dada sudah berjaya menghadapi penularan wabak pandemik Covid-19, namun tidak ada yang berputus asa.

Kini, muncul pula pelbagai varian baru yang dikatakan paling berbahaya seperti varian Delta dan lain-lain bentuk. Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri telah memberikan amaran kepada semua negara supaya bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Menurutnya lagi, Pasukan barisan hadapan berusaha penuh gigih dengan mengambil langkah pencegahan khususnya meningkatkan jumlah suntikan vaksin dengan seluas-luasnya bagi menyelamatkan rakyat, serta memberikan kefahaman akan kepentingannya kepada seluruh rakyat.

Beberapa buah negara telah mengisytiharkan darurat secara menyeluruh atau terhad apabila keadaan semakin parah.

“Di sinilah pentingnya memelihara perpaduan dan permuafakatan yang sedia terjalin bagi meredakan ketegangan dan mewujudkan kestabilan politik dalam negara.

“Dalam keadaan mencabar seperti ini, peranan semua pihak adalah wajib bagi menyelamatkan keadaan secara bersama dan menolak segala kepentingan peribadi, puak dan kumpulan.

“Segala usaha dan perjuangan untuk menangani COVID-19 oleh pihak kerajaan perlu didukung bersama tanpa berputus asa dan hendaklah tolong-menolong bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya

sumber : https://suara.tv/12/07/2021/hj-hadi-selar-kata-kerajaan-gagal-urus-pandemik-bidas-ahli-politik-gila-politicking/