Bekas isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada, telah memaklumkan bahawa pelakon tersebut telah meningkatkan jumlah nafkah untuk kedua-dua anak mereka, iaitu Humairah, yang berusia 7 tahun, dan Umar, yang berusia 3 tahun.
Namun, walaupun sudah menaikkan jumlah nafkah tetapi pelakon tersebut masih lagi culas dalam memberi nafkah kepada anak anaknya.
“Nafkah anak itu naik sikitlah nilai dia dari RM100 dia bagi RM200. Tapi dia tak selalu bagi pun dan dia culas. Ada waktu dia bagi, ada waktunya tak bagi.”
Shuhada turut mengakui perlu bekerja keras dalam menampung kehidupan kedua anaknya berikutan nafkah yang tidak mencukupi.
“Jadi saya kena kerja keras untuk support anak-anak. Takkanlah saya nak bergantung kepada ibu bapa saya, mereka pun dah pencen. Mereka tolong jaga dan selalu ada dengan saya pun syukur Alhamdulillah.”
Sebelum ini, Shuhada membuat dakwaan bekas suaminya itu hanya memberikan wang nafkah sebanyak RM100 buat setiap anak mereka.
Namun dakwaan itu ditepis oleh Hafidz Roshdi yang mengatakan dia enggan menyatakan jumlah sebenar wang yang diberikan kepada bekas isterinya.
Untuk rekod, perkahwinan mereka mula dilanda krisis selepas timbulnya dakwaan adanya orang ketiga yang mengganggu rumah tangga mereka.
Baca juga: Allah tidak akan tolak doa orang berpuasa, ketahui 5 kelebihan bulan ramadhan untuk umat islam..