Hafiz Suip sering menjadi bualan netizen dek kerana dirinya yang kurus secara tiba tiba tanpa diketahui sebabnya.
Ia membuatkan netizen melemparkan tuduhan jahat yang menuduhnya kurus kerana mengambil bahan terlarang.
Bengang dengan tuduhan liar, Hafiz Suip tambil memberikan bukti bahawa beliau menjalani proses pengurusan badan melalui cara yang betul.
Hafiz sanggup ‘mengorek’ gambar lama di FB jurulatih peribadinya untuk menunjukkan dirinya kurus kerana bersenam di gym.
“Saja nak kongsi gambar yang aku korek dalam Facebook jurulatih aku.
“Nak kurus kita kena usaha bukan sekadar berjakok (bercakap) di media sosial menyebarkan fitnah secara tidak sedar,” katanya.
Hafiz juga memberitahu bahawa dia lebih selesa untuk berkongsi kebahagiaannya berbanding perkara lain.
“Aku bukan seorang yang megah dengan apa yang aku ada. Syukur atas apa sahaja yang Allah SWT berikan.
“Kesakitan atau pahit yang dialami usah diraih simpati bahkan berdiam diri dan bersembunyi. Biarkan kebaikan dan manis sahaja disaji,” ujarnya.
Baca juga: Pertama di Asia, Menara KARL LAGERFELD bernilai RM6.5 bilion bakal dibangun di Melaka