Penyanyi veteran Malaysia, Datuk Hail Amir yang berusia 77 tahun dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kuala Lumpur(HKL) jam 4.24 petang hari ini.
Perkara ini turut disahkan oleh anaknya, Cinta kepada rakan-rakan artis.
Sebelum ini, Cinta turut memaklumkan bapanya ke HKL bagi menerima rawatan sebelum diberikan ubat antibiotik.
Pihak keluarga turut dilaporkan tidak memberikan kebenaran untuk melawat selain meminta doa supaya diberikan kesembuhan buat bapa mereka.
Baca juga: Padah guna gambar Agong ketika kempen, warga emas dipenjara sebulan