Hakim kanan berbogel di atas katil isteri orang setelah minta izin solat

Hakim kanan berbogel di atas katil isteri orang setelah minta izin solat

Hakim didakwa berbogel dalam bilik isteri orang setelah minta izin solat.Polis masih menyiasat dakwaan bahawa seorang hakim mengaib kehormatan seorang wanita di rumahnya.

Ketua Polis Ampang, Mohamad Farok Eshak berkata, Timbalan Pendakwa Raya telah mengembalikan semula kertas siasatan kepada penyiasat untuk mendapatkan maklumat tambahan.

FMT tidak menamakan hakim berkenaan sementara menunggu komennya.

Menurut laporan polis yang dilihat FMT, kejadian dikatakan berlaku pada Ogos 2020. Pengadu membuat laporan pada Disember lepas.

Pengadu, seorang wanita berusia 57 tahun, mendakwa pada satu malam pada Ogos 2020 hakim berkenaan datang ke rumahnya ketika suaminya terlantar sakit dan mohon dibenarkan menumpang bilik tidur untuk solat.

Pengadu kemudian mendapati hakim berkenaan berada terlalu lama dalam bilik dan apabila diperiksa mendapati dia sedang tidur di atas katil dalam keadaan bogel.

Pengadu mendakwa hakim itu meninggalkan rumahnya pada 3 pagi dan sebelum pergi sempat mendakwa dia berbogel di bilik berkenaan untuk “menguji” pengadu.

Polis mengesahkan ia menerima laporan terhadap hakim itu.

COMMENTS