Hampir 75% remaja di Malaysia tonton video lucah ada lebih dari 200 kali sehari kerana ibu bapa sibuk bekerja

Sebanyak 75 peratus remaja di Malaysia didapati menonton video lucah malah ada lebih dari 200 kali sehari kerana ibu baoa sibuk bekerja.

Dengan kemudahan akses internet dan telefon pintar pada masa kini, orang ramai boleh melakukan pelbagai tugasan. Dalam masa yang sama, golongan remaja juga lebih mudah untuk terjebak melayari konten negatif.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mendedahkan sekurang-kurangnya 75% remaja Malaysia pernah menonton video pornografi.

Kajian yang dijalankan pada tahun 2021 ini mendapati bahawa kebanyakan dari mereka adalah remaja lelaki yang terjebak semasa di sekolah menengah lagi kerana kerap menggunakan internet yang tersedia sepanjang masa di rumah ketika bersendirian.

Pensyarah di Jabatan Perubatan Keluarga Fakulti Perubatan UKM, Profesor Madya Dr Noor Azimah Muhammad, berkata punca berlakunya perkara ini adalah disebabkan kurang pemantauan dari ibu bapa yang sibuk bekerja.

“Ada satu contoh dimana seorang pelajar mengaku telah menonton lebih dari 200 video lucah sehari bagi memuaskan nafsunya.”

“Pendedahan dan ketagihan seperti ini dikalangan remaja boleh menyebabkan HIV dan sifilia,” kata beliau lagi.

Bukan itu sahaja, dalam satu kajian lain yang dibuat pada tahun 2013, 10% dari 988 pelajar universiti mengaku pernah melakukan hubungan intim dan 5% dari mereka aktif secara seksual.

Selain itu, keputusan yang sama turut dilaporkan pada tahun 2017 oleh Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan di mana 7.3 % remaja di antara umur 13 dan 17 tahun mula membuat hubungan intim seawal 14 tahun dan lima peratus dari mereka aktif secara seksual.

“Hampir semua remaja ini mengamalkan seks tidak selamat tanpa kondom mahu pun alat pencegah kehamilan.

“Pada masa yang sama, 40% dari kes HIV baru ini adalah daripada mereka.”

Sehubungan itu, Noor Aziman mendesak ibu bapa untuk mengawasi anak-anak bagi mencegah masalah ini kerana ibu bapa memainkan peranan penting dalam melindungi anak-anak mereka dari terlibat dalam aktiviti seksual yang merbahaya sebelum berkahwin.

Selain itu, ibu bapa juga perlu meluaskan pengetahuan mereka tentang pendidikan seks untuk kepentingan anak-anak. Malah, penekanan ilmu agama juga perlu dikuatkan lagi supaya anak-anak tidak terpesong ke lembah maksiat.

Baca juga: Tesla Model Y mula buka harga RM199k di Malaysia, orang ramai boleh buat tempahan dengan bayaran RM1k