Bekas isteri Hafidz Roshdi ada membuat perkongsi video dia sedang masak sambal sotong. Di video tersebut, Shuhada berkongsi sambal sotong ini merupakan makanan kegemaran Hafidz Roshdi.
Selepas 9 bulan elak masak sambal sotong, akhirnya kini dia ada kekuatan untuk memasak lauk itu semula, katanya di IG storinya.
Menurutnya, dia tidak mahu masak sambal sotong kerana tidak mahu ada perisa ‘air mata’ yang tertumpah semasa memasak.
Tambah Shuhada, dia tidak mahu bercakap besar yang dirinya sudah move atau sebagainya. Namun dia ingin menekankan yang Allah Maha Hebat dan dia maha membolak balikkan hati manusia.
“Harini you sayang dia, dia sayang you. Esok lusa belum tentu lagi..”
Alhamdulillah Shuhada sudah makin kuat. Min doakan moga Shuhada dapat terus kuat demi anak-anak. Anggaplah perkara yang terjadi ini sebagai ujian, insyaAllah ada hikmahnya.
Baca juga: Pak Azad ketar tangan nak jumpa PMX nak pinjam RM100, sekali lain yang jadi