Handphone “rare” di meja Sultan Selangor jadi tumpuan netizen

Sultan Selangor sekitar 8 Jun lalu telah bertitah melalui perkongsian di laman Facebook yang menzahirkan kebimbangan mengenai angka kes COVID-19 yang tinggi dan tidak berkenan dengan kewujudan golongan antivaksin di negeri berkenaan. Baginda juga turut memuji langkah Kerajaan Negeri Selangor yang aktif dalam menjalankan ujian saringan COVID-19 secara percuma.

Di sebalik perkongsian daripada titah baginda, para netizen nampaknya tertumpu dengan telefon yang berada pada meja Sultan Selangor iaitu sebuah Nokia 3310.

Untuk pengetahuan, Nokia 3310 yang tertera dalam gambar berkenaan merupakan model yang dikeluarkan semula oleh Nokia pada tahun 2017 selepas model Nokia 3310 yang dilancarkan 2000 berjaya menjadi telefon ikonik buat jenama berkenaan.

Telefon Nokia 3310 ini sekadar dilengkapkan dengan skrin berwarna, kamera 2-megapixel dan rangkaian 2G sahaja. Berikut merupakan respon netizen mengenai Nokia 3310 yang terdapat pada meja Sultan Selangor.

Model Nokia 3310 seperti yang berada di atas meja Sultan Selangor ini dilihat masih lagi ditawarkan di Shopee dengan harga serendah RM37.99 sahaja. Anda boleh mendapatkannya dengan klik di sini.

Dalam pada itu, masih belum dipastikan sama ada Nokia 3310 merupakan telefon utama Sultan Selangor atau baginda mempunyai telefon pintar terkini untuk kegunaan harian.

sumber : https://www.thevocket.com/model-ikonik-nokia-3310-atas-meja-sultan-selangor-tarik-perhatian-netizen/