“Handsome juga laki I walaupun orang cakap Nonok Vibes”- Ernie tepis netizen

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Penyanyi lagu Boneka, Ernie Zakri menerusi ciapan di Twitter memuji ketampanan suaminya, Syamel walaupun di label ‘nonok’ oleh segelintir warganet.

Seorang individu membalas ciapan Ernie di Twitter dan memberikan komen mengenai Anugerah Juara Lagu (AJL36) yang berlansung Ahad lepas.

Individu tersebut memberikan pujian kepada Syamel dan Ernie pada masa yang sama Ernie menjelaskan dia ok dengan komen tersebut.

Ernie dalam ciapan tersebut mengatakan bahawa suaminya seorang lemah lembut dan lelaki budiman.

Menerusi ruangan balas, dapat dilihat rata-rata warganet yang tampil mempertahankan Syamel dan menjelaskan dia tidak lembut seperti yang dikatakan orang ramai.

“Sebab makeup, itu yang nampak macam lembut kak. tapi elok je sebenarnya.

Normalise not to labelling soft and gentleman as ‘nonok’. Pernah tengok macam mana sayangnya Syamel dekat arwah mak dia. I guess it is the upbringing. Elok didikan arwah mak dia.

“Benar, jangan dengar sangat orang lain suruh gitu gini, yang penting dia good husband dan tunaikan tanggungjawab dia”.

Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 di Selangor. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan cahaya mata perempuan pada 22 Februari lalu.