Minggu ini heboh di sosial media isu perkahwinan kedua pempengaruh Alif Teega dengan isteri barunya.
Ramai yang menghentam tindakan lelaki itu yang memadukan isteri ketika isterinya sedang mengandung anak ketiga.
Pelbagai spekulasi dan kecaman dari netizen buat Alif dan isteri barunya. Kedai yang menjual yogurt beku popular iaitu Llaollao juga sempat meninggalkan komen di ruangan komen video pasangan terbabit.
Dalam video tersebut, Alif dan isteri barunya sedang mengambil gambar sambil makan llaollao di tangan mereka.
Admin akaun tersebut meninggalkan komen yang cukup menggelikan hati warganet.
“Tolong jangan libatkan kami. Thanks.”
Komen tersebut telah meraih perhatian warganet dan rata-rata terhibur dengan komen tersebut.