‘Hangatnya’ utara Selangor sekarang, ini 10 fakta menarik PRK DUN Kuala Kubu Baharu

Utara Selangor sedang hangat dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) bermula kempen selama 14 hari bermula pengisytiharan calon yang bertanding hari ini hingga 11.59 malam, 10 Mei.

Berikut 10 fakta menarik PRK DUN Kuala Kubu Baharu:

1) Saingan utama melibatkan calon mewakili Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao dan pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut mewakili Perikatan Nasional (PN).

2) Proses PRK DUN KKB menelan pembiayaan sebanyak RM2.5 juta membabitkan seramai 760 petugas.

3) Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) hingga Daftar Pemilih Tambahan Februari 2024 yang dikemas kini sehingga 25 Mac lalu akan digunakan untuk PRK DUN KKB.

4) Terdapat 40,226 orang pemilih, masing-masing 39,362 pengundi biasa, manakala tentera dan pasangan (238), polis (625) dan seorang pengundi tidak hadir luar negara.

5) PRK DUN KKB diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

6) Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor tahun lalu, mendiang menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.

7) Kee Hiong juga menundukkan calon Muda, Dr Siva Prakash yang mendapat 1,186 undi dan Chng Boon Lai dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) dengan hanya 527 undi.

8) DUN Kuala Kubu Baharu terdiri daripada 46.4 peratus pengundi Melayu; Cina (30.7 peratus), India (18 peratus) dan lain-lain (5 peratus).

9) Kawasan yang terletak di bawah Parlimen Hulu Selangor itu pernah diwakili MCA pada 2008.

10) Bermula 2013 hingga 2023, DUN berkenaan dirampas dan dipertahankan DAP.

BACA JUGA Selesai sudah pengebumian menyayat hati 10 wira korban nahas udara TLDM yang terburuk dalam sejarah negara