Hantar lukisan kosong pun boleh terima RM345,000 daripada muzium

Pelik tapi benar hantar lukisan kosong pun boleh terima RM345,000, tetapi ini realiti yang ‘terpaksa’ diterima pihak muzium biarpun harga ratusan ribu.

Kunsten Museum yang terletak di Allborg, Denmark apabila seorang artis hanya menghantar dua lukisan kosong selepas diberikan 534,000 Kroner (RM345,000) oleh muzium berkenaan.

Jens Haaning, artis yang berasal dari Denmark tersebut sepatutnya menghasilkan sebuah karya menggunakan wang kertas yang diterimanya tetapi bertindak mengambil duit tersebut dan menghantar karya kosong dinamakan ‘Take The Money And Run’.

Apa yang sepatutnya dihasilkan Haaning adalah karya yang menggunakan wang kertas Danish Kroner dan Euro; sebagai simbolik kepada gaji tahunan penduduk di Denmark dan Austria.

Pengarah muzium berkenaan, Lasse Andersson berkata dua hari sebelum pembukaan pameran di muzium berkenaan, beliau menerima emel daripada Haaning bahawa beliau tidak akan menunjukkan karya asal yang dipersetujui mereka pada awalnya.

Berpegang kepada janji beliau, Haaning cuma menghantar dua karya kosong. Andersson bagaimanapun tetap menayangkan karya tersebut di galeri muzium berkenaan yang dibuka sejak 24 September yang lalu.

Baginya, ia tidak salah kerana karya tersebut dihasilkan dari sudut humor dan ‘bagaimana kita meletak harga pada sesuatu karya seni’.

Haaning dikatakan mahu mengambil kesemua duit yang diterima dan tidak mahu memulangkannya kembali atas dasar beliau sudah menghasilkan karya tersebut berdasarkan pemahaman beliau tentang tugasan yang diberi.

Walaupun pihak muzium nampak apa yang cuba disampaikan, Andersson berkata mereka akan membiarkan sahaja sehingga pameran tersebut tamat pada Januari nanti.

“Sekiranya wang tersebut tidak dipulangkan pada 16 Januari seperti yang dijanjikan, kami akan mengambil tindakan terhadap yang sewajarnya kepada Jens Haaning berdasarkan kontrak yang telah kami persetujui bersama,” kata Andersson.

Untuk dua karya ini, Haaning telah menerima bayaran USD1,500 (RM6,280) dan exhibition bonus. Namun gimik yang dibuat Haaning ini pasti akan buat lebih ramai pengunjung melawat muzium tersebut yang akan menjana lebih pendapatan kepadanya.

Tidak mustahil pasti ada yang berminat untuk membeli karya kosong Haaning ini selepas 16 Januari nanti pada harga yang tinggi. Bijak.

Baca juga: Kerja syif malam tapi nak cari Lailatulqadar? Ikut nasihat ini, moga amalan diterima oleh Allah