Hantaran TMJ di Instagram, “Confirm ini kerja TMJ”

Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail (TMJ) dalam satu perkongsian di Instagram story baginda menarik perhatian warganet apabila membuat satu hantaran yang seakan memerli CEO pasukan bola sepak Selangor, Dr Johan.

TMJ pada awalnya telah menulis perkara itu dalam satu posting media sosial dengan nada begini:

Confirm ni semua kerja TMJ dengan JDT. Mastermind dan tangan ghaib. Next apa pulak Dr Johan?

Cara terbaik nak tutup kegagalan selepas belanja 47 juta duit kerajaan/rakyat setiap tahun mesti pandai buat cerita.

Dalam pada itu, TMJ turut mengatakan sikap macam tu seperti mahu mencari sebab kenapa pasukan mereka selalu kalah.

Play victim, kononnya kami tak menang kerana kami dianiayakan. Semua salah TMJ, FAM, MFL dan PDRM. Diri sendiri tak pernah salah. False flag.

Dalam pada itu ada pula yang mengatakan TMJ telah memadam komen tersebut tetapi TMJ membuktikan komen itu masih ada dan tidak dipadam.

Baca: Menantu Presiden Pas didakwa buat tuntutan palsu penyediaan minuman untuk Raja Perlis di hospital