Hanya ada 25 unit sahaja di dunia, Aeril Zafrel hadiahkan kereta mewah bernilai RM2.8 Juta kepada Wawa Zainal

Tular di laman sosial berkenaan kenderaan yang menjadi hadiah harijadi yang diberikan oleh Aeril Zafrel kepada isterinya iaitu Wawa Zainal.

Kereta yang bernilai RM2.8 Juta itu merupakan sebuah Brabus 900 Rocket Edition yang telah ditingkatkan prestasinya dari model Mercedes-AMG G63.

Diperkenalkan pada tahun 2021, ia dihasilkan secara terhad dengan hanya 25 unit sahaja. SUV tersebut tersedia dalam dua pilihan warna, iaitu kelabu (Stealth Gray) dan hitam (Signature Black), dengan harga EUR 571,270 (setara dengan RM2.8 juta).

@aerilzafrel8

sweet tak saya? kalau sweet undi saya ok😅 #tiktokawardsmy @TikTok Awards Malaysia

♬ Surrender – Natalie Taylor
Sumber : Tiktok

Edisi Rocket ini menggunakan enjin AMG V8 yang serupa, tetapi telah ditingkatkan kepada kapasiti 4.5 liter. Dengan sistem turbo berganda, ia menghasilkan kuasa sebanyak 900PS dan tork sebanyak 1,250 Nm.

Ini membolehkan SUV tersebut mampu mencapai pecutan 0-100km/j dalam hanya 3.7 saat, dengan kecepatan maksimum mencapai 280km/j.

Sekaligus menjadi SUV lebih berkuasa daripada Ferrari F8 Tributo, McLaren 720S dan Lamborghini Aventador S.

Ia mempunyai lebar yang lebih besar sebanyak 100mm berbanding G63 standard, dan bahagian kakiannya sepadan dengan rim tempa khas berukuran 24-inci, iaitu Brabus Monoblock Z Platinum Edition.

Penampilan SUV tersebut dipertingkatkan dengan gril karbon dan logo Rocket yang dipasang, selain dari sistem ekzos keluli tahan karat dan kit badan widebody.

Pelanggan mempunyai peluang untuk memilih pilihan peribadi berdasarkan selera mereka, seperti bahan tempat duduk, hiasan dalaman, dan permaidani. Selain itu, terdapat pilihan kontras untuk penampilan luaran, dan lampu ambien LED untuk lubang udara turut disertakan.

“Sebenarnya kereta itu untuk hari jadi dia pada Mac lalu. Tapi sebab kereta itu perlukan masa nak tempah, barulah bulan ini dapat. Jadi, walaupun bukan hari jadinya, saya tetap wujudkan elemen kejutan.

“Sebab sudah lama simpan niat nak kejutkan dia dengan kereta idamannya itu. Wawa pun boleh agak kereta tapi dia tak tahulah kereta apa. Apapun dia terharu sebab usaha nak beri kejutan itu,” katanya.

Baca juga: Ada 6 buah kereta Proton yang disimpan, ini rupanya sebab lelaki Britain ini kumpul koleksi kereta Proton lama di rumah…