Hanya ada 8 keping dalam dunia, lelaki jumpa kepingan logam emas dari abad ke-13

Seorang pakar pengesan logam terjumpa syiling emas ‘rare’ terkejut lelaki itu rupanya hanya ada 8 je dalam dunia ini.

Lelaki ini berjaya menemui satu objek logam yang dipercayai syiling emas dari abad ke 13 di sebuah ladang Hemyock, Devon, England pada bulan September tahun lepas.

Micheal Leigh-Mallory menemui syiling emas yang memaparkan ukiran potret sebenar Raja Henry Ketiga duduk di atas takhta dan perkara ini turut disahkan oleh pakar syiling.

Syiling emas itu dipercayai berasal dari sekitar tahun 1257 dan dibuat oleh William of Gloucester dengan menggunakan emas yang diimport dari Afrika Utara.

Menurut sumber dari Daily Mail, syiling emas yang berukuran kurang daripada 2.3 centimeter itu sangat rare kerana hanya terdapat 8 keping yang baru ditemui dan kebanyakannya disimpan di muzium.

Syiling emas ini merupakan syiling pertama sepertinya ditemui dalam tempoh 260 tahun selepas kali terakhir ditemukan oleh orang lain.

Bercakap kepada sumber, Micheal tidak mengetahui bahawa syiling tersebut mempunyai nilai yang luar biasa tinggi pada awalnya.

Namun, selepas memuat naik gambar syiling itu ke Facebook, beliau dihubungi firma lelongan Spink & Son di London dan memaklumkannya harga syiling emas itu adalah sekitar £648,000 iaitu bersamaan RM3.7 juta.

Baca juga: Pewaris perlu 50 warga Austria untuk agih harta pusaka bernilai RM127 juta