Hanya belajar ilmu survival dalam youtube, tiga sekeluarga ditemui maut

Dua wanita dan seorang remaja lelaki ditemui maut selepas cuba tinggal di kawasan pergunungan Colorado baru-baru ini.

Mereka juga didakwa melakukan perbuatan itu setelah belajar ilmu survival melalui laman Youtube.

Mayat Rebecca Vance, 42, bersama adiknya Christine Vance, 41, dan anak lelakinya yang berusia 14 tahun ditemui dalam keadaan menyayat hati di laluan pejalan kaki gunung itu.

Adik Vance, Trevala Jara memberitahu NBC News, kakaknya itu meyakinkan adiknya yang lain supaya menyertainya tinggal di padang gurun berkenaan.

Dia mendakwa kakaknya ingin membawa keluar anaknya dari masyarakat yang dirasakannya tidak selamat selepas pandemik covid-19 berlaku.

Jara juga mendakwa Vance menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk mempelajari ilmu survival di dalam Youtube namun tidak dapat bertahan lama di dalam kawasan ekstrem tersebut tanpa ada cara untuk menghubungi sesiapa ketika memerlukan bantuan.

Jara dan suaminya telah menghalang rancangan mereka sekeluarga namun merasakan mereka mungkin berjaya dalam beberapa bulan pertama namun tidak dapat bertahan dengan cuaca sejuk.

“Kali terakhir mereka pergi berkhemah adalah ketika kami masih kanak-kanak.

“Anda boleh melihat di YouTube, dan terdapat beberapa perkara survival yang baik di sana, tetapi sekadar membaca, menonton atau apa sahaja, sama sekali berbeza daripada melakukannya sendiri dan hidup jauh dari banyak kemudahan,” kata Jara.

Polis tidak dapat menentukan bagaimana tiga mangsa itu meninggal dunia tetapi mengesyaki kematian mereka berpunca daripada pendedahan kepada suhu yang sangat rendah dan kekurangan zat makanan.

Baca juga: “Bilik dah macam sarang tikus, sekali pun kak ipar tak pernah tolong mak masak kat dapur walaupun mak dah uzur”