Hanya datang dengan tujuh ahli keluarga, wanita ini tersilap tempah seluruh hotel ketika bercuti di Bali

Seorang wanita dari Somerset, Britain tidak menyangka akan tersilap menempah keseluruhan hotel ketika bercuti di Bali baru baru ini.

Jasmine Gordon mendakwa menempah sebuah penginapan menggunakan aplikasi Airbnb untuk kegunaan dia berserta tujuh ahli keluarganya.

Namun apabila tiba di sana, dia terkejut kerana ia bukanlah rumah seperti yang didakwa di dalam aplikasi namun adalah sebuah hotel.

Apa yang menariknya, dia yang membawa tujuh ahli keluarganya boleh menggunakan keseluruhan hotel tersebut selama seminggu.

Dia berkata: ‘Mereka (hotel itu) mempunyai kakitangan sepenuh masa, pengawal keselamatan, tukang masak, dan kereta golf untuk membawa anda bersiar-siar.

“Ia sangat besar untuk Airbnb tetapi agak kecil untuk hotel, setiap bilik mempunyai kunci pada pintu dan mesin kopinya sendiri.

“Kami hanya bertujuh dan premis itu mempunyai kapasiti menempatkan 18 orang.”

Jasmine yang juga pengurus pemasaran mengaku saiz hotel tersebut agak besar ketika tiba.

Dia berkata: “Terdapat sebuah restoran di sana dengan tukang masak yang memasak setiap hari sehingga pukul 11 malam dan anda boleh memesan sarapan, makan tengah hari dan makan malam.”

Namun, jumlah sewa hotel tersebut tidak didedahkan kepada umum.

Baca juga: “Aku nekad nak isteri aku lenyap malam tu juga, aku cuma nak bahagia dengan Mia sorang”