Hanya didakwa atas pengabaian, ibu bapa Zayn Rayyan mengaku tidak bersalah

Kes melibatkan kanak-kanak malang, Zayn Rayyan Abdul Matiin kini nampaknya sudah diperingkat pertuduhan.

Ia dibuktikan dengan ibu dan bapa kanak-kanak itu yang kini dituduh di mahkamah atas pertuduhan mengabaikan anak autism mereka.

Memetik laporan akhbar tempatan, pasangan tersebut Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepada mereka.

Pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh iaitu di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Pada Rabu, Ismanira tidak membuat sebarang pengakuan malah hanya memberi keterangan kepada majistret.

Baca juga: “Esok satu Malaysia akan gembira”-Kakak ibu Zayn Rayyan